Kesesakan di pusat pengundian, ada petanda 'tsunami' politik?
Iklan
BN hadapi masalah besar jika peratusan keluar mengundi lebih 80 peratus
SHAH ALAM - Fenomena luar biasa di mana pengundi termasuk golongan muda dan atas pagar yang keluar mengundi secara beramai-ramai hingga menyebabkan pusat pengundi sesak terutamanya pada waktu pagi hingga jam 2 petang menimbulkan persoalan adakah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini bakal menyaksikan gelombang tsunami politik.
Keadaan itu dibuktikan dengan statistik dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan jumlah peratusan keluar mengundi sehingga jam 3 petang, Sabtu, mencecah hampir 65 peratus dan angka itu mungkin terus meningkat sebelum pusat pengundian ditutup jam 6 petang nanti.