Adakah mudah buat GPS menyokong PH?
Iklan
GPS setakat ini mendahului 22 kerusi Parlimen di Sarawak
SHAH ALAM - Pakar berpendapat lebih sukar memujuk Sarawak berbanding Sabah bagi menyokong mana-mana permuafakatan atau gabungan membentuk kerajaan baharu sekiranya berlaku Parlimen tergantung pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid berkata, berdasarkan unjuran tiada parti akan mendapat majoriti mudah 112 kerusi Parlimen, sokongan Sarawak adalah kritikal untuk pembentukan kerajaan persekutuan yang baharu.