Tujuh teori jajaran dan Muhyiddin telah mulakan langkah
Iklan
SHAH ALAM - Teka-teki mengenai parti manakah akan membentuk jajaran kerajaan baharu pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semakin mendebarkan apabila belum ada pengumuman rasmi dibuat mana-mana gabungan.
Selepas tamat kiraan undi di semua 220 kerusi pagi ini menyaksikan Pakatan Harapan (PH) memperoleh paling kerusi ia sebanyak 82, ia dikuti Perikatan Nasional (PN) yang membuat kejutan paling besar apabila menang 73 kerusi Parlimen.