Kalah teruk PRU15, adakah Pejuang akan berkubur?
Iklan
MASA depan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) kini menjadi tanda tanya apabila parti itu bukan sahaja gagal memenangi sebarang kerusi bahkan ramai calonnya hilang wang deposit.
Malah, lebih malang jeneral Pejuang yang juga diberikan gelaran negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad yang pada awalnya dijangka bakal menang di Parlimen Langkawi turut ditumbangkan calon Perikatan Nasional (PN).