[VIDEO] Budak menangis bebas kanser

Iklan
Steven menangis kerana bebas daripada kanser.

NORMAN - Seorang budak lelaki menangis kegembiraan apabila dia mengambil ubat terakhir bagi penyakit kansernya yang dihidapi sejak tiga tahun lalu.

Ashley Cotter, 28, dari Norman, Oklahoma memberitahu ABC bahawa anaknya, Steven, 9, didiagnosis leukemia limfobastik akut (ALL) pada Ogos 2016, namun kini bebas daripada penyakit tersebut.

Iklan
Iklan

Steven mula membuat rawatan kemoterapi seawal usia 6 tahun malah perlu mengambil ubat setiap hari selama tiga tahun.

Steven tersenyum di sisi puluhan ubat-ubatan yang perlu dimakan sejak tiga tahun lalu.

Cotter memuat naik video di Facebook miliknya memaparkan reaksi Steven sedang menangis selain bersorak kegembiraan bersama adik-beradiknya di rumah.

Iklan

Suasana gembira itu juga bertukar hiba apabila seluruh ahli keluarganya menangis melihat Steven bebas daripada kanser.

Bukan itu sahaja, video berdurasi 2 minit 47 saat yang tular itu juga menunjukkan beberapa jenis ubatan dilihat disusun di meja sebagai simbolik penderitaan dialami Steven sejak tiga tahun lalu.

Iklan

Ramai yang menonton terharu apabila melihat video tersebut dan mendoakan Steven terus sihat malah boleh melakukan aktiviti seperti kanak-kanak lain.