Rafizi buat U-turn isu PH-BN?
Iklan
Timbalan Presiden PKR itu sebelum ini menentang keras jika parti itu bergabung dengan BN
SHAH ALAM - Tindakan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, membisu berhubung cadangan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bergabung untuk membentuk kerajaan Persekutuan di Putrajaya serta kerajaan negeri di Pahang dan Perak, menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan rakyat di negara ini.
Manakan tidak, sebelum ini, Ahli Parlimen Pandan itu adalah orang paling lantang bersuara dan membantah cadangan supaya PH bergabung dengan BN dan UMNO jika pakatan pembangkang itu gagal memperoleh majoriti mudah atau 112 daripada 222 kerusi Parlimen dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).