Dua bekas cikgu jadi Menteri Besar
Iklan
Mohd Shukri jadi MB Perlis pertama bukan dari BN, Saarani jadi MB Perak pertama gabungan BN-PH
SHAH ALAM - Pembentukan kerajaan di Perlis hari ini mencipta sejarah tersendiri khususnya buat Perikatan Nasional (PN) di mana menjadi satu-satunya parti yang mengakhiri penguasaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri itu sejak merdeka.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sanglang, Mohd Shukri Ramli, yang juga Pengerusi PN Perlis dan Pesuruhjaya Pas negeri itu, secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar ke-8 yang baharu di Istana Arau pada Selasa.