Fitnah tidak bantu pulihkan negara
Iklan
Pertelingkahan politik beri kesan kepada penderitaan rakyat hadapi ketidaktentuan ekonomi
SHAH ALAM - Tindakan beberapa pihak terutama pembangkang yang memainkan sentimen propaganda dan fitnah terhadap kerajaan tidak akan membantu dalam usaha membangunkan negara ke arah yang lebih baik.
Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Thomas Fann berkata, semua pihak perlu berlapang dada selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berakhir dengan memberikan kerjasama kepada kerajaan yang telah dipilih untuk memulihkan negara.