[VIDEO] 'Masih ada tempat tiada telur'
Iklan
Persatuan penternak dakwa masalah bekalan telur di pasaran masih belum selesai sepenuhnya
SHAH ALAM - Isu kekurangan bekalan telur ayam di pasaran sejak Oktober lalu masih lagi berlanjutan sehingga kini, kata Timbalan Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Lee Yoon Yeau.
Ujarnya, isu telur ayam kembali pulih seperti yang dipaparkan di media sosial adalah tidak benar kerana beberapa kawasan masih lagi mengalami masalah sama.