Anwar serius banteras amalan rasuah penjawat awam
Iklan
SHAH ALAM - Gerakan Belia Se-Punjabi Malaysia (GBPM) menyambut baik ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak mengizinkan kelulusan perolehan kerajaan tanpa tender.
Presiden GBPM, Gupreet Singh berkata, tindakan tersebut jelas menunjukkan keseriusan Anwar untuk membanteras amalan rasuah dalam kalangan penjawat awam selain mengembalikan imej golongan itu yang sebelum ini terpalit isu integriti.