GURAUAN pelakon dan pengacara, Jihan Muse membalas ciapan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menarik perhatian netizen.
Jihan yang memiliki nama serupa dengan anakanda bongsu baginda iaitu Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah, spontan membalas ciapan dengan kapsyen 'Thanks mama'.
Ciapan pemenang Anugerah Persembahan Komedi Terbaik di Asian Academy Creative Awards (AACA) 2019 itu merujuk kepada satu hantaran baginda bersama Tengku Jihan dengan kapsyen mendoakan agar anakandanya pulih daripada demam.
"Anak bongsu, anak manja! Kesian Jihan demam, get well soon sayang," kata baginda.
Terhibur dengan gurauan Jihan Muse, Tengku Puteri Jihan dilihat membalas ciapan pengacara tersebut dalam nada bergurau juga.
Jihan turut membalas ciapan itu dan sempat lagi mengatakan bahawa dia terfikir adakah dia 'puteri yang ditukar'.
"Ampun tuan puteri. Patik fikirkan patik ni 'puteri yang ditukar'. Ampun tuan puteri, tu tajuk drama," ciapnya.
Gelagat dan sikap suka bergurau Jihan membuatkan netizen terhibur dan membanjiri ruang komen Twitter kerabat diraja itu.
@nkhrnsa berkata,"Comel sangat Jihan berdua ni."
Kata @NurHidayahDin pula,"Kasih dibelah dua, jangan cemburu Tengku."
"Jangan berebut mama ok," ciap @nazihah pula.
Ada netizen juga sempat berseloroh mengatakan tajuk drama terbaharu dari Indonesia, 'Sinetron: Ibumu ibuku juga'.