Musuh bertukar jadi wira
Iklan
SAYA kagum dengan pertukaran pendirian sesetengah penyokong Pakatan Harapan (PH) dalam masa yang begitu singkat, khususnya pandangan mereka terhadap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan parti itu sendiri.
Sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan pada 19 November lalu, hala tuju kempen PH dan Perikatan Nasional (PN) adalah menghubungkaitkan BN dengan rasuah. Istilah kluster mahkamah kerap digunakan bagi menggambarkan Pengerusi BN itu seorang yang korup.