KOTA BHARU - Dua konstabel polis dikenal pasti terlibat dalam insiden menendang seorang remaja bermotosikal seperti yang tular di media sosial sejak kelmarin.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, siasatan secara dalam sedang dijalankan terhadap kedua-dua anggota trafik berusia 20-an terbabit.