Pinjam along hampir RM60,000 untuk bertaruh Piala Dunia 2022
Iklan
KLANG - Akibat ketagihan judi bola sepak Piala Dunia 2022, seorang lelaki kini dihimpit hutang hampir RM60,000 yang dipinjam daripada along.
Hanya mahu dikenali sebagai Francis, 28, lelaki itu memberitahu, pinjaman berkenaan semata-mata mahu membuat pertaruhan, namun nasib tidak menyebelahinya apabila pertaruhannya pada pasukan pilihan tidak ‘kena’.