Kebolehpindahan undi BN-PH, realiti politik atau fantasi PRU16?
Iklan
Antara bendera parti yang belum diturunkan sekitar Selayang dan Gombak.
ATAS kertas, kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya berkekalan sehingga berakhir penggal pentadbiran lima tahun kerajaan kelak, merupakan kerjasama politik paling strategik dan ideal.
Hal ini kerana kerjasama kedua-dua koalisi itu mampu menguasai sejumlah 166 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, sekiranya kolaborasi dua parti itu dapat dipertahankan untuk jangka masa panjang.