'Ini baru amaran permulaan'
Iklan
PBB beri amaran bencana ekstrem melanda dunia pada tahun ini sebagai petanda amaran awal
PARIS - Bencana banjir, kemarau teruk dan rekod gelombang panas melampau pada tahun ini menunjukkan amaran perubahan iklim semakin menjadi kenyataan namun ia baru permulaan, menurut pakar.
Tahun ini juga menyaksikan beberapa kemajuan menangani perubahan iklim termasuk perundangan baharu di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah serta perjanjian rundingan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membantu negara-negara yang terdedah dengan peningkatan impak iklim.
Pelepasan gas karbon dioksida secara terlampau menyumbangkan kepada bencana alam. - Agensi