Belum dapat terjemah sokongan, penolakan rakyat
Iklan
Keputusan pilihan raya Parlimen Padang Serai, DUN Tioman DUN hanya menggambarkan trend PRU15
SHAH ALAM - Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman masih belum dapat menterjemahkan sokongan atau penolakan pengundi terhadap pembentukan Kerajaan Perpaduan.
Penganalisis politik, Profesor Wong Chin Huat berkata, masih terlalu awal untuk memerangkap respons rakyat terhadap pembentukan Kerajaan Perpaduan yang antara gabungannya melibatkan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN)