'PN dah ada calon Timbalan Speaker'

Iklan
Persidangan pertama Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat ke-15 pada 19 Disember ini bakal menyaksikan pelantikan Speaker Parlimen dan dua Timbalan Speaker baharu. Gambar kecil: Mas Ermieyati, Ramli, Alice

SHAH ALAM - Naib Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mas Ermieyati Samsudin dipercayai antara individu yang tersenarai bagi jawatan Timbalan Speaker Parlimen.

Sumber Perikatan Nasional (PN) berkata, nama Ahli Parlimen Masjid Tanah itu dicalonkan parti bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan, bersama dua lagi individu daripada DAP dan Barisan Nasional (BN).

Jelas sumber itu, Mas Ermieyati memenuhi kriteria pelantikan jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat kerana pernah memegang jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) serta berpengetahuan luas mengenai peraturan mesyuarat Parlimen.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Artikel Tanpa Had Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan dengan
Log Masuk atau Daftar Akaun untuk membaca artikel ini.