19 lelaki, 8 wanita jadi timbalan menteri
Iklan
Dari kiri atas : ( Steven Sim,Ahmad,Maslan,Siti Aminah,Aiman Athirah Sabu,Dr Shamsul Anuar,Fuziah Salleh) Dari kiri bawah: Mohammad Yusof Apdal,Chan Foong Hin,Teo Nie Ching,Hanifah Hajar,Hasbi Habibullah,K Saraswathy)
SHAH ALAM - Seramai 19 lelaki dan lapan wanita dilantik memegang jawatan timbalan menteri di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.
Ini menjadikan sejumlah 27 timbalan menteri daripada gabungan Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan (Warisan) yang akan membantu barisan kabinet.