'Gugur ahli Bersatu, perlu kosongkan kerusi' - MPT Bersatu
Iklan
SHAH ALAM - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris menegaskan empat Ahli Parlimen Sabah terpaksa mengosongkan kerusi dimenangi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas mereka memberi sokongan kepada kerajaan campuran Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Razali berkata, dalam kes berkenaan keempat-empat bekas Ahli Parlimen iaitu Datuk Armizan Ali (Papar), Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi), Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Datuk Matbali Musah (Sipitang) juga secara automatik gugur keahlian Bersatu.