[VIDEO] Tiada arahan sokong PM
Iklan
Ahli Parlimen BN bagaimanapun ikut keputusan ditetapkan parti.
SHAH ALAM - Tiada arahan khusus diberikan pucuk pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) kepada ahli Parlimen mereka supaya menyokong Perdana Menteri dalam usul undi percaya di sidang Dewan Rakyat pada 19 Disember ini.
Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias bagaimanapun berkata, kesemua ahli Parlimen BN perlu mengikut keputusan yang telah ditetapkan parti.