Belajarlah daripada kegagalan dahulu
Iklan
SAMA ada suka atau tidak, polemik pembentukan Kerajaan Perpaduan dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menjadi perdebatan 32 juta rakyat Malaysia.
Bermula dengan asas pembentukannya, membabitkan parti berseteru antara satu sama lain sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), diikuti pelantikan sebilangan menteri kabinet dibayangi kontroversi termasuk Timbalan Perdana Menteri daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.