Program Subsidi Petrol bantuan tepat

Iklan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail -Foto Bernama

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Program Subsidi Petrol (PSP) yang akan dilaksanakan mulai Januari 2020, akan terus disalurkan kepada golongan sasar yang layak, yang terdiri daripada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) bagi mengurangkan perbelanjaan petrol mereka.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah melalui pembiayaan sebahagian kos penggunaan petrol kepada golongan berpendapatan rendah.

Iklan
Iklan

"Penerima BSH perlu memenuhi kriteria pemilikan kenderaan yang telah ditetapkan iaitu kereta 1600cc dan ke bawah dan kereta melebihi 1600cc yang berumur 10 tahun dan ke atas.

"Manakala kategori motosikal yang layak pula ialah motosikal 150cc dan ke bawah dan motosikal melebihi 150cc yang berumur tujuh tahun dan ke atas,” katanya menerusi kenyataan media.

Iklan

Program Subsidi Petrol ini akan menyalurkan bantuan tunai yang akan dikreditkan terus ke akaun penerima setiap empat bulan sekali iaitu sebanyak RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 sebulan untuk motosikal.

Dianggarkan seramai 2.86 juta penerima akan mendapat manfaat daripada tersebut.

Iklan