Anak beranak angkat sumpah di Dewan Rakyat
Iklan
Sejarah tercipta selepas Johari angkat sumpah sebagai Speaker Dewan Rakyat Yang Dipertua Dewan Rakyat, manakala anaknya, Mohammed Taufiq pula angkat sumpah selaku Ahli Dewan Rakyat
SHAH ALAM - Buat pertama kalinya dalam sejarah negara menyaksikan dua beranak memainkan peranan berbeza di Dewan Rakyat, di mana bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Datuk Johari Abdul, dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, manakala anaknya, Dr Mohammed Taufiq, mengangkat sumpah selaku Ahli Dewan Rakyat pada Isnin.
Mantan Ahli Parlimen Sungai Petani itu, dipilih sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baharu bagi menggantikan Tan Sri Azhar Azizan Harun selepas memperoleh undi sokongan tertinggi dari Ahli Parlimen, pada hari pertama persidangan Parlimen ke-15.