Keabsahan Anwar sebagai Perdana Menteri tidak boleh dipertikaikan lagi
Iklan
Anwar berjaya membuktikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen menerusi undian suara
SHAH ALAM - Kejayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, menang undi percaya dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin, wajar menutup mulut pengkritik terutama pembangkang yang sering mempertikaikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri dan kerajaan campuran pimpinannya.
Penganalisis politik dan hubungan antarabangsa dari Universiti Utara Malaysia, Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, kejayaan Perdana Menteri menang undi percaya juga membolehkan kerajaan pimpinannya memberi fokus kepada perkara lebih penting seperti pembentangan Bajet 2023, pemulihan ekonomi dan masalah banjir melanda beberapa negeri sekarang.