Kerajaan paling kukuh sejak PRU11
Iklan
Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) Bilangan 4, Tahun 2022 pada Selasa.
KALI terakhir sebuah parti politik meraih sokongan majoriti dua pertiga kerusi Parlimen atau angka magis 148 ahli Parlimen adalah pada Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU11) tahun 2004.
Parti yang berjaya itu, tidak lain dan tidak bukan adalah Barisan Nasional (BN), dengan prestasinya boleh dianggap antara sejarah kegemilangan terbesar koalisi tersebut sehingga kini.