Bajet mini tak beri impak negatif
Iklan
Walaupun dinamakan Bajet Mini, tetapi dengan jumlah RM107 bilion ada yang bertanya apakah belanjawan ini akan memberi kesan buruk kepada kewangan negara
SHAH ALAM - Bajet Mini 2023 dan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang diluluskan Dewan Rakyat selepas dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Menteri Kewangan, dilihat tidak akan memberi impak negatif kepada kedudukan kewangan negara.
Penganalisis Ekonomi dari Putra Business School (PBS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, Bajet Mini bernilai lebih RM107 bilion berkenaan tidak akan menjejaskan kewangan semasa negara kerana ia akan menjadi sebahagian peruntukan Bajet 2023 yang akan dibentangkan awal tahun depan.