'Saya masih tunggu jasad anak dibaham buaya'
Iklan
KOTA KINABALU - Lelaki Palauh (Bajau Laut) yang diserang buaya di perairan Lahad Datu masih mengharap jasad anaknya dikembalikan selepas setengah bulan hilang akibat disambar haiwan buas itu.
Morehat Lindasani, 45, dilihat masih dalam keadaan trauma dan seakan-akan hilang arah berikutan keadaan yang menimpanya pada 1 Disember lalu.