Henti adakan majlis rasmi, pelancaran program elak pembaziran
Iklan
SHAH ALAM - Amalan mengadakan majlis perasmian dan pelancaran program kerajaan yang tidak bersesuaian perlu dihentikan bagi mengelakkan pembaziran selain mengekang sifat boros di jabatan, agensi kerajaan dan kementerian.
Presiden Briged Negaraku, Khairul Nizam Mohd Sopery berkata, budaya sedemikian yang sudah diamalkan sebelum ini melibatkan kakitangan kerajaan tidak perlu diteruskan supaya mereka dapat menumpukan kepada perkara lebih penting dan bermanfaat.