JOHOR BAHRU - Seramai lapan individu membabitkan tiga keluarga berhampiran sebuah stesen minyak Shell di Batu 13 Jalan Johor Bharu-Kota Tinggi yang terjejas dengan kejadian tanah runtuh pagi tadi kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Badminton Highland.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Tahrin Saat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 6.20 pagi.
Iklan
Iklan
Katanya sembilan anggota bomba bersama sebuah jentera dan sebuah Hilux dihantar ke lokasi kejadian.
"Kita dapati berlaku kejadian tanah runtuh di bahagian tebing bukit bersebelahan sebuah stesen minyak di Ulu Tiram.
"Kesemua mangsa sudah dipindahkan ke Dewan Badminton Highland yang dibuka pada jam 7.30 pagi," katanya.
Menurutnya, kerja-kerja untuk menutup runtuhan tanah menggunakan kanvas dilakukan bersama kontraktor Shell dan Majlis Bandaraya Johor Bahru.
Keadaan tanah runtuh berhampiran sebuah stesen minyak Shell di Batu 13 Jalan Johor Bharu-Kota Tinggi.
Artikel Berkaitan