Penduduk kampung sabar menunggu bot di jeti untuk keluar ke darat bagi menguruskan urusan harian mereka di jeti Kampung Pulau Perhentian hari ini.
Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Pulau Perhentian yang juga pemandu bot pelancong, Mohd Zakuan Mat Nasir berkata penduduk kampung sudah biasa dengan angin kencang dan ombak besar tetapi bagi orang luar ia akan menjadi sesuatu yang menakutkan.