Pulangan ASB statik 5 peratus dalam dua tahun
Iklan
ASB masih menguntungkan biarpun ekonomi dijangka perlahan pada 2023
SHAH ALAM - Pakar menjangkakan kadar pulangan agihan pendapatan Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) kepada pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan terus kekal sekitar lima peratus dalam tempoh dua tahun akan datang.
Penganalisis Ekonomi dari Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berpandangan, bagaimanapun masih ada lagi potensi untuk Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan dividen ASB yang kompetitif biarpun Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF) menjangkakan pertumbuhan ekonomi global akan perlahan.