Majikan mungkin tidak berminat ambil pekerja wanita
Iklan
SHAH ALAM - Sesetengah majikan melihat pelaksanaan Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) yang akan dikuatkuasakan bermula 1 Januari ini memberikan kesan negatif, merugikan dan membebankan mereka.
Ahli ekonomi dari Universiti Tun Abdul Razak, Profesor Barjoyai Bardai berkata, sesetengah majikan mungkin akan melakukan beberapa tindakan, antaranya mengambil lebih ramai pekerja lelaki berbanding wanita berikutan penambahan cuti bersalin dari 60 hari ke 98 hari.