Ribut salji Elliott mengganas
Iklan
Sebahagian lebuh raya di Ontario, Kanada turut ditutup berikutan salji tebal yang menjejaskan jarak penglihatan.
NEW YORK - Lebih sejuta penduduk pada Ahad menyambut Hari Natal dalam keadaan bergelap dan kesejukan melampau kerana terputus bekalan elektrik selepas Amerika Utara dilanda salji 'bom siklon' atau ribut salji Elliott untuk tempoh tiga hari berturut-turut.
Sistem kuasa di 48 negeri Amerika Syarikat (AS) dan Ottawa mengalami tekanan akibat penggunaan sistem pemanas yang meningkat selain kerosakan pada grid elektrik disebabkan fenomena letupan Artik tersebut.