Solidariti untuk etnik Islam Uighur

Iklan
Hanafi

SHAH ALAM - Pemuda Pas Selangor menyeru umat Islam bersolidariti mempertahankan etnik Islam Uighur yang ditindas.

Ketuanya, Hanafi Zulkapli berkata, semua pihak termasuk pemimpin dunia Islam perlu bangkit melakukan sesuatu selepas penindasan terhadap etnik tersebut di Xinjiang tidak mendapat perhatian dunia.

Iklan
Iklan

Menurutnya, China Human Rights Defenders (CHRD) turut memberitahu bahawa pihak berkuasa di Xinjiang telah melancarkan propaganda keselamatan dan menahan hampir 228,000 penduduk Uighur atas tuduhan jenayah.

"Sehingga kini belum ada pembelaan terhadap mereka.

Iklan

"Lebih malang, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Earthrise Alliance menunjukkan sebanyak 36 masjid dan tapak keagamaan dimusnahkan atau kubahnya dialih sejak 2017," katanya.

Sehubungan itu katanya, menjadi kewajipan setiap umat Islam di seluruh dunia membantu membela nasib masyarakat Uighur yang ditindas dengan tidak membiarkan mereka dizalimi.

Iklan

Beliau berkata, semua pihak perlu menggunakan apa sahaja cara termasuk berdoa, menghulur bantuan dan menyebarkan maklumat mengenai layanan diberi terhadap etnik tersebut bagi membuka mata dunia.

"Ia sebagai desakan agar kerajaan komunis China diambil tindakan.

"Anak muda perlu dalam keadaan siap siaga untuk bangkit berjuang bersama. Arahan pimpinan kita turuti walau apa jua keadaan. Diarahkan solat hajat dan qunut nazilah, kita laksanakan. Andai dikerah untuk berhimpun dan berdemo, maka bersedialah," katanya.