Kenal pasti jalan berisiko rosak disebabkan banjir
Iklan
SHAH ALAM - Kerajaan persekutuan dan negeri digesa untuk mengenal pasti jalan-jalan berisiko rosak disebabkan kejadian banjir yang melanda di beberapa buah negeri.
Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Law Teik Hua berkata, antara jalan-jalan yang berisiko itu adalah seperti jalan persekutuan dan di tepi pantai.