UMNO kini di persimpangan dilema
Iklan
Pemimpin dalam UMNO ada idea sendiri mengenai pemilihan jawatan tertinggi parti
POLEMIK kewajaran jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan atau sebaliknya pada pemilihan parti tahun hadapan semakin memuncak apabila beberapa ketua bahagian berbeza pandangan mengenai cadangan usul itu.
Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Mohd Zain Yasim berkata, beliau bersetuju dengan pandangan dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan pada pemilihan UMNO kali ini.