Cabaran gabungan parti politik 2023

Iklan
PRN bakal menyaksikan cabaran tersendiri kepada tiga gabungan parti utama di Malaysia sama ada BN, PH mahupun PN.

BIARPUN Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sudah berlalu, namun, tahun 2023 tetap bakal menyaksikan cabaran tersendiri kepada tiga gabungan parti utama di Malaysia sama ada Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN).

Antara cabaran terbesar bakal dihadapi gabungan parti politik BN, PH dan PN adalah Pilihan Raya Negeri (PRN) yang mungkin diadakan serentak di enam negeri termasuk Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah seawal Mac depan.

Di atas kertas, gabungan BN dan PH dilihat mempunyai banyak kelebihan tersendiri terutama jika mereka dapat mengetepikan perbezaan ideologi politik, berganding bahu dan bekerja sebagai satu pasukan, bukan hanya untuk mempertahankan status quo di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, bahkan merampas Terengganu dan Kedah daripada Pas pada PRN nanti.

Terima kasih kerana membaca dan menyokong kewartawanan yang bebas, eksklusif dan kritis.
Nikmati pelbagai lagi keistimewaan langganan yang tersedia dengan melanggan Sinar Premium!!
Artikel Tanpa Had Akses mana-mana artikel dimana jua
Harga bermula dari
RM 6.90 - RM 66.20
1 bulan / 12 bulan
Langgan dengan
Log Masuk atau Daftar Akaun untuk membaca artikel ini.