Langkah London tidak wajar berlaku
Iklan
Setakat ini gerakan itu dianggap sebagai khabar angin yang sengaja dicetuskan bagi melaga-lagakan pemimpin tertinggi UMNO menjelang pemilihan parti itu selewat-lewatnya bulan Mei depan.
SHAH ALAM - Langkah London iaitu gerakan dikaitkan untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh golongan tertentu, tidak wajar berlaku kerana perbuatan seumpama itu seperti mengkhianati mandat diberikan rakyat, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
Pun begitu, bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali setakat ini, menganggap gerakan itu sebagai khabar angin yang sengaja dicetuskan pihak tertentu bagi melaga-lagakan pemimpin tertinggi UMNO menjelang pemilihan parti berkenaan, yang bakal diadakan selewat-lewatnya bulan Mei depan.