Kerjasama BN-PH menjelang PRN
Iklan
Naratif kerjasama BN-PH jelas perlu dibentuk dalam kerangka strategik pilihan raya. - Foto hiasan/Bernama
TAHUN 2023 dibuka dengan spekulasi bahawa terdapat rancangan baharu dilabel ‘Langkah London’ untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan yang baru dua bulan dibentuk. Walaupun masih diperingkat spekulasi, potensi untuk jatuh tetap ada.
Kedudukan kerajaan ketika ini masih belum kukuh sepertimana dijangkakan. Atas kertas majoriti 2/3 menerusi sokongan 148 ahli Parlimen kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum selamat untuk berasa selesa.