Undi percaya jalan terbaik uji keabsahan Hajiji
Iklan
Biarpun kerajaan negeri Sabah baru berusia 27 bulan, namun negara dikejutkan dengan kewujudan gerakan mahu menjatuhkan Datuk Seri Hajiji Noor selaku Ketua Menteri yang didalangi oleh Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Polemik politik di Negeri di Bawah Bayu itu menjadi bertambah menarik selepas sebahagian besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Barisan Nasional (BN) diketuai Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang sebelum ini menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri bertindak menarik sokongan diberikan kepada Hajiji selaku Ketua Menteri.