Tiga pilihan tamatkan polemik kerajaan negeri Sabah
Iklan
SHAH ALAM - Datuk Seri Hajiji Noor mempunyai tiga pilihan sama ada meletakkan jawatan Ketua Menteri bagi membolehkan pelantikan baharu dilakukan atau menasihati Yang di-Pertua Negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, Profesor Dr Sivamurugan Pandian berkata, satu lagi pilihan adalah Hajiji perlu mempertimbangkan langkah drastik untuk sertai mana-mana gabungan.