Pelancong China penting, kuasa beli tinggi dan rancakkan ekonomi negara
Iklan
KEPUTUSAN Republik Rakyat China membuka semula sempadan negaranya hari ini selepas ditutup hampir tiga tahun akibat pandemik Covid-19 mencetuskan reaksi rakyat Malaysia yang bercampur baur.
Ia termasuk gesaan menyekat kemasukan pelancong dari China ke Malaysia gara-gara bimbang akan berlaku penularan jangkitan Covid-19 yang tinggi, susulan lonjakan ketara kes tersebut di republik berkenaan baru-baru ini.