Doktor si fakir miskin
Iklan
Allahyarham Mohamed Mashaly tabur bakti rawat pesakit secara percuma selama lima dekad
KAHERAH - Semasa hayatnya, Dr Mohamed Mashaly digelar sebagai 'doktor fakir miskin' kerana memberikan rawatan dan vaksin percuma kepada golongan kurang bernasib baik di kliniknya yang terletak di bandar Tanta, kira-kira 94 kilometer (km) di utara Kaherah, Mesir.
Mohamed terkenal kerana reputasinya membantu golongan fakir miskin sejak tahun 1960-an lagi sebaik menamatkan pengajian di Fakulti Perubatan Qasr Al-Einy.