Perlu campur tangan TYT
Iklan
Tun Juhar perlu beri penjelasan status quo kerajaan negeri dan kedudukan Hajiji selaku ketua menteri
SHAH ALAM - Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin perlu campur tangan dalam menyelesaikan krisis pergolakan politik di Sabah.
Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Romzi Ationg berkata, Tun Juhar perlu memberikan penjelasan mengenai status quo kerajaan negeri sedia ada dan kedudukan Datuk Seri Hajiji Noor selaku Ketua Menteri kerana ada pihak mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman itu sudah hilang sokongan majoriti ADUN Sabah.