Mayat remaja lemas ditemukan

Iklan
Anggota bomba mengangkat mayat remaja terbabit selepas ditemukan petang tadi.

KOTA TINGGI - Mayat seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang dipercayai lemas ketika memancing di Sungai Telor Kampung Baru di sini hari ini ditemui pasukan penyelamat petang tadi.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Norahpandi Samsudin berkata, mayat mangsa ditemui di dasar sungai pada jarak kira-kira 50 meter dari tempat tempat kejadian.

Iklan
Iklan

"Operasi mencari mangsa membabitkan tindakan ‘surface and searching' dengan bantuan dua bot dalam jarak 500 meter dari lokasi pertama mangsa dipercayai terjatuh.

"Selain itu, Anggota Unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) membuat pencarian di permukaan air dengan menggunakan tali sebelum mayat mangsa dijumpai kira-kira jam 3.05 petang di dasar sungai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan

Mohd Norahpandi berkata, pencarian mangsa turut dilakukan di sekitar tebing sungai dengan kerjasama beberapa penduduk kampung.

Menurutnya, bomba menghadapi sedikit kesukaran untuk mengesan mayat mangsa berikutan keadaan arus sungai yang deras.

Iklan

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan operasi cari dan menyelamat (SAR) digerakkan kira-kira jam 11.20 pagi hari ini selepas menerima makluman kehilangan remaja terbabit ketika memancing di sungai berkenaan.

Difahamkan, dalam kejadian sama, rakan mangsa seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun sempat diselamatkan orang ramai.