Kerajaan 'ekstremis' Israel mula tunjuk belang
Iklan
Ben-Gvir semakin galak guna kuasa untuk tindas lagi penduduk Palestin
TEL AVIV - Kerajaan paling berhaluan kanan pimpinan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tidak mahu membuang masa untuk melaksanakan agenda ultra-nasionalis mereka tanpa mengambil kira jika rancangan mereka berpotensi menggoyahkan demokrasi di negara itu.
Baru saja memegang kuasa selama kira-kira dua minggu, kerajaan 'esktremis' itu sudah mula menunjukkan belang mereka hingga mencetuskan perpecahan dalam negara selain meningkatkan lagi konflik bersama Palestin.