Usul dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan bercanggah
Iklan
SHAH ALAM - Usul jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan sebagaimana dikemukakan dalam sesi perbahasan ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 pada Jumaat, bukanlah satu usul selari dengan perlembagaan parti.
Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo berkata, usul tambahan itu sebaliknya bersifat usul biasa di mana, sekiranya diluluskan sekali pun, tidak mengikat pilihan ahli-ahli UMNO.