PJJ USM mentransformasikan masyarakat
SEBAGAI satu-satunya institusi pengajian tinggi awam yang terpilih bagi Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (APEX), Universiti Sains Malaysia (USM) sentiasa berusaha menjajarkan program yang berlandaskan sembilan teras iaitu Keilmuan, Masa Hadapan, Kelainan, Kelestarian, Kesejagatan, Kemanusiaan, Pengorbanan, Perubahan dan Kesejahteraan.
Dengan mengambil kira sembilan teras APEX ini untuk melahirkan lulusan yang dapat memberi impak tinggi kepada pembinaan masyarakat yang kalis cabaran masa depan, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh (PPPJJ) menyediakan peluang pembelajaran sepanjang hayat secara fleksibel dan memberikan peluang kepada mereka yang tidak dapat menyambung pengajian tinggi secara sepenuh masa atas komitmen tugas, tanggungjawab dan juga faktor kewangan.