Bermula dengan BR1M kini bantuan rakyat dikenali STR
Iklan
SHAH ALAM - Satu kelaziman setiap kali baton perdana menteri bertukar tangan adalah penjenamaan semula pakej bantuan tunai untuk rakyat dan kali ini tiba giliran Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi menggantikan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
STR Fasa 1 untuk golongan B40 itu melibatkan 8.7 juta penerima dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.67 bilion dan akan dibayar secara berperingkat mulai 17 Januari.